5 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniProgram Taklimat Advokasi Bersama Pemimpin Masyarakat Setempat
Pada 4 Disember 2020: Pusat Internet dengan kerjasama JKKK telah menjalankan Program Taklimat Advokasi Bersama Pemimpin Masyarakat Setempat dengan komuniti Kampung Padang Besar Selatan . Program bermula jam 9.30 malam. Tujuan program ini dijalankan bagi mendedahkan kepada para peserta berkaitan taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan penyebaran maklumat palsu. Selain itu, dengan adanya program seperti ini dapat mengeratkan hubungan staf PIK dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: