8 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniTaklimat Advokasi Bersama Pelajar SPM
Pada 7 Disember 2020: Pusat Internet telah menjalankan Taklimat Advokasi Bersama Pelajar SPM SMK Kuala Perlis. Program bermula jam 9.30 pagi. Tujuan program ini dijalankan bagi mendedahkan kepada para peserta berkaitan taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan penyebaran maklumat palsu. Selain itu, dengan adanya program seperti ini dapat mengeratkan hubungan staf PIK dengan komuniti setempat. Memberi pendedahan kepada pelajar SPM aliran Sains Komputer mengenai kempen keselamatan serta penggunaan internet secara berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: