19 November 2020 | Aktiviti TerkiniKelas Photophone Anjuran KEMAS
Pada 18 November 2020: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Simpang Empat dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti (Maxis) mengadakan kelas photophone. Kelas bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Peserta diajar menggunakan aplikasi anapseed iaitu aplikasi menyunting gambar dan peserta akan belajar cara menyunting gambar supaya kelihatan menarik. Melalui kelas ini, usahawan yang baru berjinak dengan dunia perniagaan dengan mengedit gambar produk mereka untuk menarik perhatian pembelian.
Aktiviti seperti ini dapat memupuk hubungan yang baik di antara staf Pusat Internet dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: