17 November 2020 | Aktiviti TerkiniAsas Komputer (Kerja Kursus Tahun 6 )
Pada 16 November 2020, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah membantu seorang pengguna Pusat Internet memasukkan formula ke dalam kerta kerja Microsoft Excel untuk dokumen yang mempunyai pengiraan. Peserta juga di beri pendedahan tentang penggunaan Microsoft Excel bagi memudahkan peserta menyimpan dan menguruskan data inventori stok barang perniagaan dan rekod jualan produk.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: