23 November 2020 | Aktiviti TerkiniProgram Usahawan Digital (FB Page & Copywriting)
Pada 22 November 2020, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah dijemput sebagai tenaga pengajar Program Usahawan Digital kepada peserta yang merupakan usahawan yang baru mula berniaga dan ingin mempromosikan perniagaan mereka di atas talian.
Staf Pusat Internet telah memberi bimbingan tentang cara menghasilkan logo syarikat dan produk peserta menggunakan aplikasi atas talian seperti aplikasi Canva dengan betul dan memberi bimbingan dalam penghasilan Facebook Page yang menarik sebagai platform baru bagi peserta menjalankan dan mengembangkan lagi perniagaan peserta seiring dengan platform perniagaan online. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: