19 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniFotografi Produk Dan Shopee
Pada 18 Oktober 2020, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah membuat kelas keusahawanan untuk membantu peserta dengan memberi tunjuk ajar cara untuk menangkap gambar produk menggunakan mini studio serta pengenalan kepada aplikasi Shopee. Staf Pusat Internet telah memberi bimbingan tentang cara pengambilan gambar produk dengan betul dan memperkenalkan aplikasi Shopee sebagai platform baru bagi beliau menjalankan dan mengembangkan lagi perniagaan beliau seiring dengan platform perniagaan online. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan Pi dengan komuniti, dapat memperkenalkan Pi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang Pi sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: