9 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniAsas Penulisan Tesis, Penyelidikan Dan Statistik
Pada 8 Januari 2021: Staf Pusat Internet Padang Besar Selatan telah membantu pengguna di Pusat Internet Padang Besar Selatan dengan memberi penerangan tentang asas penulisan tesis, membuat penyelidikan dan memproses statistik data dari internet bagi membantu pelajar universiti dalam menyelesaikan tugasan. Peserta diajar bagaimana mengenalpasti cara penulisan teks di dalam tesis yang mengandungi judul dan susunan teks serta gaya penulisan pengenalan, Kajian Literatur, Metodologi, Analisis data dan keputusan dan Perbincangan dan kesimpulan .
Aktiviti seperti ini dapat memupuk hubungan yang baik di antara staf Pusat Internet dan komuniti setempat dan mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi sebagai pusat pembelajaran.Memberi pendedahan kepada peserta tentang etika dan langkah keselamatan ketika melayari laman sesawang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: