26 April 2021 | Aktiviti TerkiniProgram Pemasaran Atas Talian Dengan Kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Pada 24-25 April 2021, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah menganjurkan Program Usahawan Digital (FB Page, Whatsapp Business & Copywriting) bersama IKBN Kuala Perlis dan peserta merupakan usahawan yang baru mula berniaga dan ingin mempromosikan perniagaan mereka di atas talian.
Staf Pusat Internet Komuniti telah memberi bimbingan tentang cara menghasilkan logo syarikat dan produk peserta menggunakan aplikasi atas talian seperti aplikasi Canva dengan betul dan memberi bimbingan dalam penghasilan Facebook Page yang menarik sebagai platform baru bagi peserta menjalankan dan mengembangkan lagi perniagaan peserta seiring dengan platform perniagaan online. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PIK dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan komuniti mendapatkan kemudahan yang PIK sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: