Jom Kenali KafeTEEN dan Kempen #AmbilTahuBaruTahu bersama LPPKN
10 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini9 Oktober 2021, Sabtu - staf Pusat Internet telah berkolaborasi dengan pihak LPPKN negeri Perlis menganjurkan program Jom Kenali KafeTEEN dan Kempen #AmbilTahuBaruTahu melalui aplikasi Google Meet. Tujuan program diadakan adalah bagi memperkenalkan aplikasi KafeTEEN kepada peserta dan fungsi aplikasi tersebut kepada remaja. Program ini dimulakan dengan sesi perkenalkan diri dan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan semasa sesi seterusnya selepas ini kerana program ini diadakan sebanyak 4 kali bagi menerangkan kepentingan aplikasi KafeTEEN. Melalui program seperti ini dapat memantapkan hubungan staf PIK bersama komuniti setempat dan agensi-agensi kerajaan tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: