dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Multimedia Kreatif (Post-Produksi dan Video Editing)

11 Jun 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Jun 2017, telah berlangsung Bengkel Multimedia Kreatif (Post-Produksi dan Video Editing). Bengkel ini diadakan di dalam bilik latihan PI Padang Besar Selatan. Ia ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenali perisian Movie Maker untuk video editing, memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan sendiri peralatan ICT untuk menyunting video dan mengajar peserta teknik-teknik editing video seperti ‘split’, ‘transition’ dan ‘timeline video’.

Peserta dibahagi kepada tiga kumpulan dan peserta akan memilih video yang sesuai untuk dimasukkan dan akan membuang scene yang tidak sesuai menggunakan Movie Maker dan peserta akan memasukkan teks dan gambar berdasarkan jalan cerita yang telah ditulis dalam synopsis. Melalui aktiviti ini, para peserta mendapat kemahiran editing video dan penggunaan perisian Movie Maker, menggalakkan penjanaan idea baru dalam kalangan peserta, meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kalangan peserta dan memberi keyakinan diri dalam kalangan peserta untuk memainkan sesuatu watak dalam lakonan mereka. Selain itu ia juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak PI dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.