Kisah Kejayaan
Kisah Kejayaan Che Saudah Hamzah
Kisah kejayaan ini adalah berkisarkan tentang usahawan yang bernama Che Saudah Hamzah di Kuala Perlis, Perlis. Berusia 56 tahun, beliau mengusahakan jualan belacan madu yang beralamat di Belacan Madu Enterprise, Kampung Sg. Berembang, 02000 Kuala Perlis, Perlis. Beliau merupakan usahawan belacan sepenuh masa. Berikut adalah link page Facebook bagi Belacan Madu Enteprise : https://www.facebook.com/belacanmaduenterprise/ . Bagi memudahkan orang ramai mengetahui lokasi perniagaan link Google Map adalah seperti berikut: https://goo.gl/maps/GygsMXtmVSm
Belacan Madu merupakan salah satu nama perusahaan yang terdapat di perlis. Walaupun ada perkataan madu di situ ironinya tidak terdapat madu pun dalam ramuan belacan tersebut. Perkataan madu hanya untuk menggambarkan belacan tersebut manis dan sedap. Belacan Madu diusahakan oleh Che Saleh Abidin dan Che Saudah Hamzah dan ia adalah perusahaan turun-temurun keluarga sejak dari tahun 2001. Pn. Che Saudah telah mengikuti pelbagai kursus anjuran organisasi kerajaan dan melalui ilmu yang dipelajari, beliau telah mengembangkan perniagaan belacan beliau sehingga sekarang.
Melalui bantuan dari Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malysia Padang Besar Selatan, Belacan Madu Enterprise mampu menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran iaitu melalui page Facebook dan Google map. Selepas mempromosikan belacan melalui Facebook, hasil jualan meningkat secara mendadak sehingga 300kg-500kg sehari. Beliau kini mempunyai pelanggan dari seluruh pelusuk negara. Pelancong yang datang ke Kuala Perlis pasti akan singgah sebentar untuk membeli belacan beliau. Selain pada itu, PI juga membantu beliau dalam mempromosikan produk Belacan Madu dengan menghasilkan video seterusnya memuat naik ke laman sosial.
Menurut beliau, Pengurus dan Penolong Pengurus PI banyak membantu dalam usaha mempormosikan produk Belacan Madu. Beliau juga berhasrat agar usaha ini diteruskan supaya dapat membantu lebih ramai rakyat tempatan menjana pendapat mereka.
Kisah Kejayaan Muhammad Hairi
Kisah kejayaan ini adalah berkisarkan tentang celik IT seorang pelajar iaitu Muhammad Hairi B. Abd Rahman berusia 13 tahun yang merupakan ahli Pusat Internet yang terawal mendaftar sebagai ahli iaitu ahli yang keempat. Beliau mendaftar sebagai ahli pada tahun 2015 di mana beliau bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun tersebut. Hairi juga merupakan antara ahli pusat internet yang paling aktif dan beliau selalu menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh staf pusat internet.
Sebelum melibatkan diri di dalam kelas-kelas dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia, Hairi tidak tahu langsung menggunakan peralatan ICT seperti komputer dan fungsi internet. Walaubagaimanapun, setelah telibat dengan kelas-kelas dan aktiviti beliau telah semakin mahir menggunakan peralatan ICT. Hasil daripada kehadiran beliau ke kelas-kelas yang dijalankan, beliau semakin pandai menggunakan peralatan komputer dan perisian komputer, menggunakan perisian Microsoft Word untuk membuat folio, mencari maklumat di internet untuk rujukan kerja sekolah dan kerja kursus serta mampu mengajar kawan-kawan yang lain tentang penggunaan komputer.
Antara yang dipelajari oleh Hairi ialah asas komputer dan internet, mempelajari Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Power Point bagi membantu beliau dalam menghasilkan folio dan kerja sekolah, menghadiri kelas penyuntingan gambar menggunakan perisian Photoscape dan juga mempelajari cara untuk menghasilkan video menggunakan webcam dan Movie Maker.
Beliau juga turut menyatakan bahawa PI memberi kemudahan internet buatnya untuk mencari maklumat tentang kerja kursus dan membantu menyiapkan kerja sekolah. Hairi mencadangkan supaya pusat internet bergabung dengan agensi lain dan membuat kursus di tempat tersebut untuk ahli PI. Tarikan utama kepada baliau untuk datang di PI adalah kemudahan komputer dan internet. Selain itu, beliau tertarik dengan kelas ICT yang diadakan secara percuma.
Kisah Kejayaan Siti Fairuz Hasssan
Kisah kejayaan ini adalah berkisarkan tentang Penolong Pengurus di Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan iaitu Siti Fairuz Binti Hassan yang mana beliau juga merupakan seorang usahawan atas talian. Berusia 25 tahun, beliau telah menjalankan perniagaan berbentuk dropship dan juga perniagaan atas talian. Sebelum bekerja sebagai Penolong Pengurus di Pusat Internet 1 Malaysia, beliau telah menjalankan perniagaan atas talian secara separuh masa yang mana dijalankan melalui rumah. Perniagaan yang dijalankan adalah melalui aplikasi Instagram dan boleh di cari di link seperti berikut: https://www.instagram.com/fairuzandco/
Setelah mendapat tawaran dan bekerja sebagai Penolong Pengurus di Pusat Internet 1 Malaysia, beliau mula bergiat aktif kembali dalam bidang perniagaan ini. Ini kerana dengan kemudahan dan akses internet yang disediakan di sini memudahkan urusannya untuk berniaga atas talian. Perniagaan beliau juga semakin diperluaskan kepada pelbagai produk dan ada antara produk yang dijual merupakan produknya sendiri. Selain itu, dengan menyertai kelas-kelas keusahawanan serba sedikit banyak memberi ilmu dan cara-cara mengendalikan perniagaan dengan betul.
Antara Kelas yang beliau sertai adalah Kelas Keusahawanan Intel Learn Easy Step, Kelas Keusahawanan Business Plan, Kelas Product Photography dan lain-lain lagi kelas asas keusahawanan dan ICT. Melalui penglibatan di dalam kelas ini, beliau dapat mengetahui dengan lebih mendalam cara untuk mengendalikan perniagaan. Melalui ilmu yang diperoleh juga memudahkan beliau membuat pengiraan stok produk dan pengiraan untung/rugi terutama dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office. Tambahan juga, beliau juga mempelajari cara mengambil gambar produk untuk di iklankan dan semakin mahir dalam mengambil gambar produknya sendiri.
Dengan bimbingan kelas ICT dan keusahawanan yang percuma, pihak yang ingin menceburi bidang perniagaan online boleh mendapatkan bantuan dan bimbingan secara percuma di PI yang berdekatan. PI juga secara berterusan akan membimbing usahawan dan komuniti-komuniti untuk berjaya dalam bidang ini. Beliau berharap PI dapat meneruskan perkhidmatan di kawasan ini dan sentiasa menambahbaik modul kelas yang mampu mengembangkan potensi perniagaan khususnya peniaga atas talian.
Kisah Kejayaan Nur Aina Qsysara Bt Yusmi
Kisah kejayaan ini adalah berkisarkan tentang celik IT seorang pelajar iaitu Nur Aina Qsysara Bt Yusmi. Aina merupakan seorang pelajar sekolah rendah berumur 10 tahun dan beliau adalah salah seorang ahli yang aktif dalam menyertai kelas dan aktiviti di Pusat Internet Padang Besar Selatan. Beliau kerap datang ke Pusat Internet untuk tugasan sekolah seperti folio mencari maklumat baru. Beliau juga menggunakan kemudahan di pusat internet seperti pencetakan, fotokopi dan kemudahan internet. Antara kelas yang disertai beliau adalah kelas asas komputer, Microsoft Word, kelas melukis menggunakan Paint serta kelas seni kreatif yang melibatkan kraf tangan.
Sebelum mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet, beliau langsung tidak mempunyai pengetahuan mengenai komputer dan internet. Beliau tidak tahu mengenai perisian di dalam komputer dan cara untuk menggunakannya. Antara yang dipelajari di Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan adalah mempelajari asas komputer seperti perkakasan komputer dan mempelajari cara untuk membuat dokumen menggunakan Microsoft Word. Setelah mengikuti kelas asas komputer dan juga kelas ICT seperti Microsoft Word, Power Point dan Paint. Kini beliau telah mahir dan lancar menggunakan komputer dan internet. Beliau juga sudah tahu fungsi perkakasan dan perisian komputer serta mahir dalam mencari maklumat di internet.
Kisah Kejayaan Nur Athirah Binti Abdul Halim
Kisah kejayaan ini adalah berkisarkan tentang usahawan yang bernama Nur Athirah Binti Abdul Halim. Berusia 23 tahun, beliau merupakan seorang pelajar yang menjual tudung secara atas talian menggunakan rangkaian media sosial. Beliau menjual tudung Puci menggunakan nama Fymora Scarf, iaitu tudung yang diperbuat daripada salah satu jenis kain yang diimport khas dari negara Timur Tengah.
Athirah merupakan seorang pelajar lepasan diploma di salah sebuah kolej swasta. Setelah beliau habis belajar beliau ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan untuk menambah pendapatan. Setelah melakukan pemerhatian dan kajian beliau mendapati kebanyakan pembeli atau pelanggan sesuatu barang adalah daripada golongan wanita. . Berdasarkan kajian dan fakta kaum wanita adalah kuasa pembeli terbesar berbanding lelaki. Berikutan dengan kehendak dan permintaan golongan wanita yang tinggi terutama sekali pada industri pakaian sentiasa ada tidak kira musim. Oleh itu, beliau memulakan perniagaan Fymora Scarf sebagai langkah pertama. Setelah itu, beliau memasuki Intitusi Giat Mara dalam bidang Fashion Design and Dressmaking untuk lebih memahami dengan lebih lanjut industri fesyen dan tekstil.
Sebelum mengikuti kelas ICT bersama staf PI beliau hanya menggunakan Instagram sahaja sebagai medium pemasaran. Selain itu, beliau juga kurang mahir dalam fotografi produk dan penerbitan video untuk mempromosikan Fymora Scarf. Beliau juga menyatakan bahawa kurang mahir dalam menggunakan Microsoft Excel dalam menghasilkan dokumen memerlukan pengiraan dan hanya menggunakan Microsoft Word sahaja.
Setelah menyertai kelas keusahawanan dan kelas ICT melalui Program Literasi Komputer yang dibimbing oleh staf Pusat Internet, beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Ecxel bagi merekod butiran akaun perniagaan setiap bulan. Beliau juga semakin mahir menggunakan teknik-teknik pengambaran produk yang telah di ajar bagi menghasilkan gambar yang sangat kreatif dan menarik perhatian pelanggan.
Melalui Program Literasi Komputer ini, beliau telah membina halaman Facebook sebagai penambahan medium pemasaran produk beliau atas nama Fymora Scarf. Beliau menggunakan media sosial kerana kemudahan yang disediakan oleh oleh aplikasi tersebut untuk melakukan promosi seperti hashtag, Boost Post dan target customer. Dengan kemudahan tersebut, beliau lebih mudah mendapatkan pelanggan mengikut kumpulan sasaran yang dikehendaki iaitu kaum wanita di seluruh negara. Beliau berpegang pada prinsip "Internet always keep us connected to buyers from whole world".
Berikut adalah link page Facebook bagi Fymora Scarf : https://www.facebook.com/mourascarf/?fref=ts dan Instagram www.instagram.com/fymora_scarf
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Usahawan Fashion dan Baju Muslimah - Murshidah Binti Bahari
Murshidah berusia 23 tahun merupakan pelajar jurusan Fashion and Dress Making di Giat Mara Kangar. Beliau mendapat ilham untuk memulakan perniagaan ini setelah melihat ramai kaum wanita berjaya menceburkan diri dalam perniagaan pakaian muslimah. Setelah itu, beliau mendapat ilham untuk memulakan perniagaan ini dan beliau juga mendapat sokongan yang kuat daripada ibu bapa serta rakan beliau. Selain itu, beliau juga telah menjadi agent dropship bagi beberapa produk yang lain. Beliau menggunakan Facebook sebagai platform untuk mencari pelanggan dan segala urusan adalah menggunakan media sosial tersebut memandangkan beliau tidak mempunyai kedai sendiri.
Beliau memulakan perniagaan pada dengan pendapatan bulanan beliau sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan. Kurang mahir menggunakan Microsoft Office dalam urusan perniagaan.Setelah menyertai program literasi komputer yang dibimbing staf pusat internet, saya menjadi lebih cekap menggunakan Microsoft office utk mempromosikan produk dengan lebih berkesan dan meluas. Pendapatan bulanan meningkat sekitar RM600 – RM800 sebulan.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Usahawan Rempenyek – Puan Rosmarizah Bt Shafiee
Puan Rosmarizah berumur 45 tahun merupakan seorang suri rumah di Kampung Padang Besar Selatan. Pada mulanya, beliau hanya bekerja sebagai pengasuh budak namun setelah melihat pasaran rempeyek dia kampung yang mendapat sambutan. Beliau cuba membuat sendiri rempeyek dan mendapati rempeyek yang dihasilkannya mendapat sambutan daripada jiran sekampung. Maka sejak dari tahun 2014 beliau, memulakan perniagaan rempeyek ini setelah beliau menyertai beberapa kelas usahawan di MADA.
Sebelum menggunakan kemudahan ICT dalam perniagaan anggaran pendapatan beliau dalam sebulan dalam RM 200 ke RM500 sahaja. Malah pelanggan hanya dalam kalangan jiran-jiran satu kampung sahaja.
Setelah diberi tunjuk ajar daripada staf pusat internet pendapatan beliau bertambah dari RM500 – RM1000 sebulan. Produk beliau juga dikenal ramai dan banyak agensi kerajaan mengambil tempahan secara pukal.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kisah Kejayaan ICT _ Muhammad Noorsolihin Bin Mohd Taufiq
Muhammad Noorsolihin Bin Mohd Taufiq berumur 11 tahun merupakan salah seorang ahli yang aktif datang ke Pusat Internet Padang Besar Selatan. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Beliau merupakan murid Tahun 4 di Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Besar (s). Memandangkan beliau sudah memasuki tahap 2 persekolahan, maka beliau sering datang ke pusat internet untuk membuat kerja kursus serta mencari bahan-bahan aktiviti di internet. Selain itu, beliau antara pengguna yang aktif. Oleh itu beliau sering mengikuti kelas komputer dan kelas seni kreatif yang dianjurkan oleh pusat internet.
Sebelum mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet, beliau tidak mahir menggunakan komputer.
Setelah mengikuti kelas asas komputer dan juga kelas ICT seperti kelas asas komputer, kelas Microsoft Word dan kelas seni kreatif. Kini beliau telah mahir dan lancar menggunakan komputer dan internet. Beliau juga sudah tahu fungsi perkakasan dan perisian komputer serta mahir dalam mencari maklumat di internet. Beliau sering menonton video di Youtube untuk mempelajari seni kraf tangan dan menghasilkan kraf tersebut di rumah.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kisah Kejayaan ICT _ Muhammad Syabil Iqbal B Saad
Muhammad Syabil Iqbal B Saad berumur 11 tahun ketika mendaftar menjadi ahli Pi1m. Sebelum itu, beliau mendaftar menjadi pelawat sahaja dan hanya datang ke Pi1m hanya untuk mengisi masa lapang beliau di petang hari atau cuti sekolah dengan bermain games di fb sambil dipantau oleh petugas.Bermula dari itu, beliau mula terlibat dengan program serta kelas computer di pi1m secara aktif.
Hasil dari kelas kemahiran computer dan program literasi digital pi1m, beliau sudah mampu untuk menggunakan Microsoft Office seperti Word, Powerpoint Publisher (untuk membuat kad ucapan), serta software Paint. Selain daripada itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan laman web pendididkan yang interaktif seperti abcya.com dan gamestolearnenglish.com yang menbantu meningkatkan kemahiran beliau terutamanya dalam Bahasa English dan matematik.
Selepas penglibatan PI1M, melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI1M , kini beliau bukan sahaja semakin mahir menggunakan komputer malahan semakin baik dalam mencari maklumat di internet. Walaupun ketika itu beliau hanya di bersekolah rendah, namun, beliau sudah mampu menaip dan mencari maklumat lebih baik dari rakan seusia beliau..