Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Gerai makanan laut di Kuala Perlis
Kedai Makan di Kuala Perlis merupakan tempat tumpuan pelancong sekiranya mereka datang ke Kuala Perlis. Kedai makan di sini menyediakan pelbagai hidangan makanan laut yang segar dengan harga yang berpatutan. Antara hidangan yang paling digemari oleh mereka ialah ikan bakar, sotong goreng tepung, kerang dan sebagainya. Namun kedai ini hanya dibuka pada waktu malam dan ada juga sesetengah kedai yang dibuka pada pukul 5 petang.
Sawah Padi
Bot-bot nelayan di Kuala Perlis
Perikanan merupakan pekerjaan utama di Kuala Perlis kerana di sini rakyat Perlis mendapat bekalan makanan laut untuk di jual di pasar. Oleh itu, kebanyakan penduduk di sekitar Kuala Perlis merupakan nelayan dan mereka akan turun ke laut pada waktu pagi atau malam
Feri ke Langkawi
Penduduk di Kuala Perlis juga melibatkan diri dalam pelancongan ke Langkawi. Kebanyakan di antara mereka bekerja di jeti Kuala Perlis dan menjadi agen kepada para pelancong yang hendak ke Langkawi.