Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Jeti Kuala Perlis
Jeti Kuala Perlis merupakan pelabuhan kecil di Perlis yang terletak di Kuala Perlis. Jeti ini terkenal dalam kalangan pelancong sama ada dalam Negara atau luar Negara. Hal ini kerana Jeti Kuala Perlis merupakan salah satu pintu masuk ke Pulau Langkawi. Jeti Kuala Perlis merupakan tempat persinggahan pelancong sebelum ke Langkawi menggunakan bot kerana perjalanannya yang singkat berbanding dari jeti lain iaitu hanya satu jam sahaja.
Masjid Al-Hussain Kuala Perlis
Masjid Al-Hussain Kuala Perlis dibuka pada 8 Oktober 2011. Masjid ini dikenali sebagai masjid terapung Kuala Perlis dan ia terletak 50m dari Jeti Kuala Perlis. Salah satu keistimewaan masjid ini adalah mereka menyediakan kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) melaksanakan ibadah. Masjid ini juga terkenal dalam kalangan pelancong yang singgah ke sini kerana lokasinya yang berdekatan dengan jeti dan juga kerana pemandangan yang indah pada waktu malam.
Laksa Kuala Perlis
Bagi penggemar laksa, Kuala Perlis memang terkenal dengan sajian laksa. Terdapat beberapa kedai di pekan Kuala Perlis yang menjadi tempat persinggahan orang ramai. Antaranya ialah Kedai Laksa Kak su dan juga Kedai Laksa Kak Na yang terletak berdekatan dengan Jeti Kuala Perlis. Di sini, laksa dimakan bersama-sama dengan pulut udang atau juga dikenali sebagai pulut panggang. Tidak lengkap bila menjamah laksa tanpa cendol pulut dan juga pulut udang yang disediakan.