17 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Usahawan Dan Penghasilan Poster Produk II
Pada 16 Mei 2017, telah berlangsung Kelas Usahawan dan Penghasilan Poster Produk. Kelas ini diadakan di dalam bilik latihan PI Padang Besar Selatan. Kelas ini diadakan untuk membantu usahawan tempatan mempromosikan produk mereka serta untuk memastikan gambar yang di ambil sesuai dan menepati ciri-ciri gambar yang akan dikomersialkan.
Poster yang dihasilkan dibahagi kepada beberapa jenis kategori poster. Reka bentuk poster dihasilkan menggunakan perisian Microsoft Power Point dan idea reka bentuk poster dirujuk berdasarkan poster-poster produk yang terkenal. Aktiviti ini dapat memperkenalkan teknik reka bentuk poster supaya poster kelihatan jelas dan menarik. Selain itu ia juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak PI dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: