22 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Microsoft Word (Kad Hari Ibu)
Pada 21 Mei 2017, telah berlangsung Kelas Kelas Microsoft Word (Kad Hari Ibu). Kelas ini diadakan di dalam bilik latihan PI Padang Besar Selatan. Kelas ini diadakan untuk mengajar ahli PI cara untuk memasukkan gambar ke dalam Microsoft Word, memberi penerangan mengenai saiz gambar yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam kad, membantu ahli PI membuat kad serta menghasilkan kata-kata penghargaan untuk ibu mereka.
Para peserta dikehendaki mencari gambar-gambar menarik untuk dimasukkan ke dalam kad di internet dan menggunakan Microsoft Word untuk memasukkan gambar dan teks untuk dicetak menjadi kad. Melalui aktiviti ini, para peserta dapat mengetahui cara mencari gambar menggunakan enjin carian Google dan mengetahui cara untuk memuat turun gambar dari internet. Selain itu ia juga dapat memberi peluang kepada mereka menghasilkan sendiri kad menggunakan Microsoft Word serta merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak PI dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: