8 November 2017 | Aktiviti TerkiniMicrosoft Word : Kelas Menulis Resume
Pada 7 November 2017, telah berlangsung Kelas Microsoft Word (Kelas Menulis Resume). Kelas ini diadakan di PI Padang Besar Selatan. Kelas ini diadakan untuk mengajar salah sorang belia tempatan untuk menggunakan Microsoft Word untuk menghasilkan resume. Beliau ingin memohon kerja setelah tamat pembelajaran maka beliau datang ke PI Padang Besar Selatan bagi meminta bantuan staf di sini.
Beliau menggunakan enjin pencarian Google untuk mencari contoh resume terbaik untuk dijadikan rujukan. Kemudian, staf PI membantu dari segi penyusunan maklumat-maklumat penting yang perlu dimasukkan ke dalam resume beliau. Beliau yang pada mulanya tidak mahir menggunakan Microsoft Word serta menaip komputer berjaya menghasilkan resume sendiri dalam masa yang singkat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: