8 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniTaklimat Advokasi di Bengkel Pengisian Data Sistem Profil Kampung oleh KEMAS
Pada 7 Jun 2017, telah berlangsung Bengkel Pengisian Data Sistem Profil Kampung oleh KEMAS di dalam Bilik Latihan PI Padang Besar Selatan. Bengkel ini bertujuan untuk memberi latihan kepada staf-staf KEMAS untuk memasukkan data profil kampung ke dalam sistem atas talian. Melalui bengkel ini juga, pihak PI mengambil inisitif untuk mengadakan taklimat Advokasi buat semua yang hadir.
Pendedahan tentang Kempen Klik Dengan Bijak sebagai sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet turut dikongsi. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: