19 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniKuiz Keselamatan Dunia Digital
Pada 18 Februari 2017 bertempat di dalam Bilik Latihan PI Padang Besar Selatan, Perlis telah berlangsung Kuiz Keselamatan Dunia Digital. Aktiviti ini diadakan pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Ia bertujuan mendidik peserta supaya celik ICT menggunakan internet untuk mencari maklumat dan menguji pengetahuan am masing-masing dan memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan sendiri peralatan ICT.
Jejak maklumat ICT ini diadakan dalam bentuk pertandingan di mana pemenang dipilih berdasarkan kepantasan dan ketepatan jawapan. Soalan diberi adalah berkenaan info terkini dan pengetahuan am termasuk KDB. Peserta boleh menggunakan enjin pencarian Google untuk membantu mereka mencari jawapan yang tepat. Melalui aktiviti ini, ia dapat melatih peserta mencari maklumat di internet menggunakan enjin pencarian Google, dapat merangsang minda masing-masing sepanjang bermain permainan tersebut serta mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan silatulrahim PI dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: