dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Permainan Sempena Cuti Sekolah (Kahoot Warisan Kebudayaan, Telefon Buruk)

18 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Oktober 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan telah mengadakan aktiviti Permainan Sempena Cuti Sekolah (Kahoot Warisan Kebudayaan, Telefon Buruk). Aktiviti ini telah diadakan di dalam Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendidik peserta supaya celik ICT menggunakan internet untuk mencari maklumat dan menguji pengetahuan am masing-masing serta memupuk semangat kemerdekaan dan menguji pengetahuan peserta tentang negara Malaysia.

Permainan ini diadakan dalam bentuk pertandingan di mana pemenang dipilih berdasarkan kepantasan dan ketepatan jawapan. Soalan diberi adalah berkenaan warisan kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia. Permainan Telefon Buruk adalah untuk menguji daya ingatan peserta dan ketepatan dalam menyampaikan maklumat. Dengan adanya aktiviti ini, peserta dapat menambah maklumat terkini mengenai budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Peserta dapat merangsang minda dan menguatkan daya ingatan masing-masing sepanjang bermain permainan tersebut. Disamping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti dan dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.