14 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniProgram Bakti Siswa Pelajar Usm (Taklimat KDB – Modul Maklumat Palsu)
Pada 13 Oktober 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan telah menyertai Program Bakti Siswa Pelajar USM bersama pelajar USM dan Sekolah Kebangsaan Padang Besar Selatan di Sekolah Kebangsaan Padang Besar Selatan. Melalui program ini, staff PI telah mengadakan taklimat Klik dengan Bijak – Modul Maklumat Palsu. Tujuan penyertaan program ini untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah tentang penggunaan internet secara berhemah berpandukan tiga prinsip serta memperkenalkan PI dengan lebih dekat dengan komuniti setempat serta luar.
Dengan adanya program seperti ini, ia dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mendedahkan peserta tentang bahayanya penggunaan internet tanpa pemantauan serta mengingatkan para peserta akibat jika jika mendedahkan maklumat peribadi di media sosial. Disamping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: