05 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniMicrosoft Word: Asas Komputer Dan Latihan Menaip
Pada 4 Februari 2017 bertempat di dalam Bilik Latihan PI Padang Besar Selatan, Perlis telah berlangsung aktiviti Microsoft Word: Asas Komputer dan Latihan Menaip. Aktiviti ini diadakan pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Ia bertujuan memberi pendedahan cara menggunakan Microsoft Ofiice Word, memberi penerangan tentang fungsi-fungsi butang arahan dalam Microsoft Word, memberi tunjuk ajar cara untuk memasukkan gambar dari internet ke dalam Microsoft Word dan memberi peluang kepada mereka menghasilkan dokumen sendiri.
Melalui aktiviti ini, peserta diberi penerangan mengenai perkakasan komputer dan perisian yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian. Selain itu, peserta juga dapat menghasilkan dokumen menggunakan perisian Microsoft Word serta memuat turun gambar dari internet untuk dimasukkan ke dalam dokumen. Aktiviti ini dapat membantu peserta mengetahui dengan lebih mendalam tentang aplikasi dan perisian yang terdapat dalam komputer dan internet. Selain pada itu, aktiviti ini juga dapat merapatkan jurang antara komuniti setempat dengan staff PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: