20 April 2017 | Aktiviti TerkiniMari Mengenal ABC Bersama Tabika Kemas Padang Besar (S)
Pada 19 April 2017 bertempat di dalam Bilik Latihan PI Padang Besar Selatan, Perlis telah berlangsung aktiviti Mari Mengenal ABC bersama Tabika KEMAS Padang Besar (s). Aktiviti ini diadakan pada pukul 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak Tabika tentang penggunaan komputer dan mengajar mereka mengenali ABC melalui internet.
Peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer dan perisian komputer seperti papan kekunci dan tetikus. Kanak-kanak tabika mengenal ABC melalui pelbagai tayangan video dari Youtube. Mereka juga diberi latihan kepada e-learning website ABCYa bagi membantu mereka lebih mengenal huruf ABC. Aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada kanak-kanak tabika tentang pembelajaran menggunakan ICT serta membantu kanak-kanak mengenal dan menyebut huruf-huruf ABC. Selain pada itu, aktiviti ini juga dapat merapatkan jurang antara komuniti setempat dengan staff PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: