17 April 2017 | Aktiviti TerkiniAdvokasi KDB Program Pendidikan Keselamatan Kejiranan Parlimen Arau
Pada 16 April 2017, pihak pengurusan KRT Kg Batas Lintang telah mengadakan Advokasi KDB @ Program Pendidikan Keselamatan Kejiranan bertempat di perkarangan PI Batas Lintang bersama PI Perlis yang lain. Program ini telah disertai oleh penduduk di kawasan sekitar Kg Batas Lintang. Program ini berlangsung dari jam 8.00 hingga 8.30 malam.
Tujuan taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga berkenaan salah laku siber atau jenayah siber yang semakin menular dan bagaimana untuk mengatasinya. Taklimat ini mampu untuk mendidik ibubapa dan penjaga agar dapat mengawasi tingkah laku remaja zaman sekarang untuk meneglak perkara yang tidak diingini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: