dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Usahawan (Facebook Marketing)

12 December 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Disember 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan telah mengadakan Kelas Usahawan (Facebook Marketing). Aktiviti ini telah diadakan di dalam Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan cara-cara untuk pemasaran atau mempromosi perniagaan melalui atas talian menggunakan platform media sosial atau aplikasi lain, memberi tunjuk ajar tentang teknik-teknik mengambil gambar produk dengan betul serta memastikan gambar yang di ambil sesuai dan menepati ciri-ciri gambar yang akan dikomersialkan.

Peserta diajar tentang teknik editing gambar seperti mengubah brightness, contrast dan effect gambar. Peserta juga diajar teknik photography iaitu mengambil gambar dengan betul. Selain itu, peserta diajar cara untuk membuat poster untuk dijadikan sebagai iklan kepada orang ramai. Dengan aktiviti seperti ini ia dapat membantu para usahawan yang ingin belajar benda baharu serta menambah kemahiran dan pengetahuan untuk membantu perniagaan mereka. Disamping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti dan dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.