20 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniProgram Minggu Perpaduan Parlimen Arau
Bertarikh 19 Ogos 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Perlis telah bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Perlis dan KRT RPA Arau untuk bersama sama menjayakan Program Minggu Perpaduan Parlimen Arau. Turut hadir masyarakat berbilang kaum yang telah memberikan sambutan yang menggalakkan untuk menjayakan program ini.
Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan sesama etnik Melayu, Cina, India dan Siam. Pusat Internet 1 Malaysia Perlis juga turut terlibat dalam menjalankan aktiviti kepada komuniti antaranya mengadakan aktiviti cabutan bertuah, interactive game, whatsapp challenge dan iq challenge. Dengan adanya aktiviti seperti ini, hubungan PI bersama-sama agensi-agensi lain dan antara komuniti akan menjadi lebih kukuh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: