06 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Seni Kreatif (DIY Pin Cushion)
Pada 5 Februari 2017 bertempat di dalam Bilik Latihan PI Padang Besar Selatan, Perlis telah berlangsung Kelas Seni Kreatif (DIY Pin Cushion). Aktiviti ini diadakan pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Ia bertujuan memberi pendedahan cara menggunakan internet untuk mempelajari cara membuat pin cushion menggunakan span, mencungkil bakat para peserta menghasilkan kraf tangan dan memberi peluang kepada mereka untuk menyerlahkan kreativiti masing-masing dalam seni kreatif.
Melalui aktiviti ini, peserta mempelajari cara membuat DIY Pin Cushion daripada internet iaitu menggunakan sosial media “You Tube”. Aktiviti ini dapat memupuk minat para peserta dalam seni kreatif justeru dapat mencungkil bakat mereka. Selain pada itu, aktiviti ini juga dapat merapatkan jurang antara komuniti setempat dengan staff PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: