25 September 2017 | Aktiviti TerkiniProgram Sepakat Negaraku Komuniti 1 Malaysia Peringkat Negeri Perlis 2017
Pada 23 & 24 September 2017, Pusat Internet Padang Besar Selatan bersama staf Pusat Internet di bawah seliaan Maxis telah menyertai Program Sepakat Negaraku Komuniti 1 Malaysia Peringkat Negeri Perlis 2017 di Sekolah Kebangsaan Padang Besar Selatan, Kuala Perlis. Antara aktiviti yang diadakan adalah Advokasi, Typing Challenge dan Interactive games. Program ini adalah anjuran Jabatan Penerangan Perlis. Tujuan penyertaan program ini untuk memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan komuniti mendapat kemudahan yang PI sediakan.
Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis iaitu YAB Dato' Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi dan dapat meningkatkan pengetahuan peserta berkenaan dengan pengunaaan internet. Disamping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: