dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Keusahawanan Digital (Skill To Society) Bersama Giat Mara Kangar (Modul Facebook Marketing)

02 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Oktober 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan bersama staf Pusat Internet di bawah seliaan Maxis telah menyertai Program Keusahawanan Digital (Skill To Society) bersama Giat Mara Kangar (Modul Facebook Marketing) di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Bintong. Peserta diberi pendedahan tentang Pemasaran Online Facebook & E-Commerce iaitu cara-cara untuk pemasaran atau mempromosi perniagaan melalui atas talian menggunakan platform media sosial atau aplikasi lain.

Tujuan penyertaan program ini untuk memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan memantapkan ilmu dan kemahiran peserta dalam bidang ICT dan pengurusan maklumat. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi dan dapat meningkatkan pengetahuan peserta berkenaan dengan pengunaaan internet. Disamping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.