12 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniMicrosoft Word : Kelas Membuat Props Majlis
Pada 11 Februari 2017 bertempat di dalam Bilik Latihan PI Padang Besar Selatan, Perlis telah berlangsung Kelas Microsoft Word : Kelas Membuat Props Majlis. Aktiviti ini diadakan pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Ia bertujuan memberi pendedahan cara menggunakan Microsoft Ofiice Word, memberi penerangan tentang fungsi-fungsi butang arahan dalam Microsoft Word dan memberi tunjuk ajar cara untuk memasukkan gambar dari internet ke dalam Microsoft Word.
Melalui aktiviti ini, peserta diberi penerangan mengenai perkakasan komputer dan perisian yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian. Melalaui aktiviti ini, peserta dapat menghasilkan dokumen menggunakan perisian Microsoft Word serta memuat turun gambar dari internet untuk dimasukkan ke dalam dokumen. Prop yang dihasilkan diperbuat daripada kotak terbuang kemudian gambar yang telah dicetak akan dilekatkan kepada kotak tersebut untuk menghasilkan prop. Aktiviti ini dapat memupuk minat para peserta dalam seni kreatif justeru dapat mencungkil bakat mereka. Selain pada itu, aktiviti ini juga dapat merapatkan jurang antara komuniti setempat dengan staff PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: