02 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniHari Sukan Komuniti Dun Tambun Tulang
Pada 1 Januari 2017 telah berlangsung Hari Sukan Komuniti DUN Tambun Tulang dan Pusat Internet 1 Malaysia Perlis Selatan telah mengambil peluang ini untuk mendekati komuniti. Majlis diadakan di perkarangan Dewan Bonda Tambun Tulang. Majlis ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam12.00 tengah hari.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan. Memberi pendedahan tentang Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Majlis ini mendapat kunjungan oleh YB Dato Seri Shahidan Bin Kassim Menteri di JPM dan YB Ismail b Kassim Adun Tambun Tulang Perlis. Hari Sukan Komuniti merupakan salah satu usaha YB ADUN & JKK dalam merapatkan hubungan silaturrahim dengan penduduk setempat melalui aktiviti-aktiviti sukan dan juga bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan penduduk terutama generasi muda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: