Kelas Asas MS Word – Surat Rasmi

12 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2018, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah mengadakan Kelas Microsoft Word bersama seorang ahli pusat internet yang telah mendaftar di Pusat Internet ini bagi tujuan memudahkan beliau menggunakan ICT dalam menjalankan urusan perniagaan. Tujuan aktiviti ini adalah melatih pelajar menggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti membuat surat rasmi, sebut harga dan penggunaan internet agar dapat membantu pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan perniagaan .

Selain itu dapat memantapkan kemahiran pelajar menggunakan perkakasan komputer seperti papan kekunci dan tetikus.Memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan dokumen sendiri. Pelajar juga di beri pendedahan kepada pengenalan asas komputer seperti folder, file, copy, paste, dan lain-lain serta penerangan tentang cara untuk membuat surat rasmi menggunakan Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali