Advokasi KDB dan Program Bijak itu Selamat

12 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2018 bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Padang Besar Selatan telah berlangsung Advokasi KDB dan Program Bijak itu Selamat. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan komuniti tentang kempen kesedaran penderaan seksual kepada kanak-kanak melalui tayangan video. Selain itu, mereka juga diberi penerangan tentang sentuhan baik atau sentuhan buruk serta cara untuk mengatasi jika terlibat dalam situasi yang tersebut.

Menerusi aktiviti ini, para peserta terutama golongan kanak-kanak dapat menjaga keselamatan diri serta tahu tindakan yang betul yang perlu dilakukan apabila terlibat dalam situasi tersebut. . Justeru, melalui program seperti ini juga dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada bidang pendidikan tinggi serta berkongsi pengetahuan dan kemahiran dan membina hubungan baik di antara pihak pengurusan PI1M dan institusi pendidikan.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali