Mari Belajar ABC bersama Tabika KEMAS Padang Besar Selatan

12 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Julai 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan telah mengadakan kelas Mari Belajar ABC bersama Tabika KEMAS Padang Besar Selatan bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Padang Besar Selatan. Aktiviti ini di adakan selama 1 jam setengah bermula dari pukul 9.30 pagi sehingga pukul 11.00 pagi dan disertai oleh 13 orang peserta Tabika dan 2 orang guru.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tabika tentang penggunaan komputer dan internet di dalam sesi pembelajaran. Kelas di mulakan dengan tayangan video pembelajaran ABC serta sesi mengenali huruf kepada peserta. Peserta mengenalpasti dan menyebut setiap huruf dengan sebutan yang betul dan peserta di beri latihan menggunakan laman web pembelajaran. Aktiviti ini dapat memberi suasana pembelajaran secara interaktif diantara peserta dan guru dengan menggunakan peralatan ICT. Di samping itu dengan aktivi seperti ini dapat mempromosikan Pusat Internet sebagai “ one stop center ” bagi komuniti setempat dalam pembelajaran dan ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali