Program Advokasi dan Bengkel MS Word @ SK Simpang 4

26 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Julai 2018, Pusat Internet Padang Besar Selatan bersama-sama staf Pusat Internet dibawah seliaan Maxis telah mengadakan Bengkel Microsoft Word. Bengkel ini diadakan di Dewan Makan Asrama SK Simpang Empat yang berlangsung selama 3 jam dan disertai oleh 58 orang peserta. Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan seta mengajar pelajar Tahun 4, 5 dan 6 tentang perisian Microsoft Word. Peserta diberi penerangan tentang fungsi butang dan cara untuk menaip perkataan menggunakan netboot 1 Malaysia sumbangan daripada Pusat Internet.

Sebelum bermula bengkel, peserta di beri taklimat tentang KDB dan pengenalan tentang peralatan yang terdapat dalam Microsoft Word serta fungsi-fungsinya. Selain itu, peserta juga di ajar cara untuk menukar font serta menukar saiz huruf. Di samping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim Pi1M dengan komuniti dan dapat memperkenalkan fungsi Pi1M dengan lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali