9 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniDesign Logo Produk
Pada 08 Disember 2018 , Pusat Internet Padang Besar Selatan dan telah mengadakan satu kelas Design Logo Produk . Aktiviti seperti ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik menghasilkan logo produk dengan betul dan membantu usahawan untuk memasarkan produk di Facebook personal,Facebook Page, Shopee,dan Instagram. Peserta di beri bimbingan untuk mengemaskini Facebook Page beliau serta menukar gambar profil kepada gambar logo yang telah di siapkan.
Memperkenalkan fungsi WhatsApp Web sebagai platform untuk berkongsi gambar dan dokumen dari telefon pintar ke komputer melalui internet. Dengan adanya aktiviti ini, ia dilihat mampu untuk menarik ramai lagi komuniti setempat untuk datang melawat dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaratulrahim penduduk setempat yang mana ia selaras dengan usaha meramaikan kunjungan komuniti di pusat internet tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: