Kursus Keusahawanan Giat Mara Padang Besar (E- Rezeki)

23 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan telah menyertai Kursus Keusahawanan bersama Giat Mara Padang Besar (E- Rezeki) dan bekerjasama dengan Pi1M Pokok Jawi dan Pi1M RPA ARAU. Aktiviti ini telah diadakan di dalam Bilik Latihan Pi1M RPA ARAU. Tujuan aktiviti ini adalah mendorong peserta menggunakan kemudahan teknologi terkini untuk menjana pendapatan secara atas talian. Di samping itu dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran.Memeriahkan program-program yang dianjurkan komuniti serta mempromosikan kempen-kempen yang diperkenalkan seperti kempen “Klik Dengan Bijak”.

Peserta diberi taklimat penerangan tentang E-Rezeki dan menerangkan peluang kepada peserta tentang menjalankan perniagaan dengan lebih mudah dalam penggunaan teknologi internet . Dengan aktiviti seperti ini ia dapat memupuk minat para peserta dalam perniagaan dan keusahawanan moden menggunakan platform media sosial. Selepas itu peserta juga mendengar Ceramah Advokasi Klik Dengan Bijak sebagai pengguna internet dan media sosial. Disamping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim Pi1M dengan komuniti dan dapat memperkenalkan Pi1M dengan lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali