14 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniBengkel Pengurusan Majlis dan Protokol
Pada 13 Disember 2018, staf Pusat Internet Maxis Perlis telah menghadiri Bengkel Pengurusan Majlis dan Protokol bertempat di Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Bengkel ini turut disertai oleh staf Pusat Internet Arau ,Pusat Internet Tambun Tulang ,Pusat Internet Kg Surau ,Pusat Internet Pokok Jawi dan Pusat Internet Padang Besar Selatan .
Bengkel seperti ini dapat memberi pendedahan tentang etika dan cara-cara untuk menjadi pengacara bagi sesebuah majlis. Bengkel di mulakan dengan taklimat tentang cara – cara untuk mengendalikan majlis dan protocol dalam majlis. Para peserta di bahagikan kepada kumpulan masing-masing dan mereka diberi tugas untuk membaca teks pengacara majlis. Peserta juga dapat mempraktikan ilmu yang dipelajari dalam mengendalikan majlis atau program yang melibatkan tetamu VIP.
Mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran.Peserta dapat mempraktikan ilmu yang dipelajari dalam mengendalikan majlis atau program yang melibatkan tetamu VIP.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: