24 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPenghasilah Video Promosi Produk menggunakan Aplikasi Telefon Pintar (FilmoraGo)
Pada 23 Disember 2018, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah mengadakan kelas kepada seorang usahawan di komuniti tentang penghasilan video promosi produk menggunakan aplikasi telefon pintar ( FilmoraGO). Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan tentang penggunakan internet dalam perniagaan. Kelas di mulakan dengan memperkenalkan aplikasi FilmoraGo sebagai platform untuk menyunting video.
Kemudian , peserta diberi tunjuk ajar cara untuk merakam video serta tutorial untuk menggunakan aplikasi FilmoraGo. Dengan mengadakan kelas seperti ini, dapat mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan dapat membantu usahawan tempatan memperkembangkan perniagaan beliau dengan memuat naik video di laman sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: