Kelas Keusahawanan – Menjana Pendapatan Melalui Kemahiran Seni Kreatif dan ICT (Jambangan Coklat)

19 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Julai 2018, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah mengadakan Kelas Keusahawanan- Menjana Pendapatan Melalui Kemahiran Seni Kreatif dan ICT ( Jambangan Coklat ) bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Padang Besar Selatan. Aktiviti ini di adakan selama 2 jam bermula dari pukul 3.00 petang sehingga pukul 5.00 petang dan disertai oleh 9 orang peserta.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti peluang menjana pendapatan melalui gabungan kemahiran seni kreatif dan teknologi secara interaktif menggunakan peralatan ICT. Kelas bermula dengan tayangan video demo tutorial membuat jambangan coklat kepada peserta. Kemudian peserta mengenalpasti peralatan dan bahan untuk membuat jambangan coklat serta di beri peluang dan bimbingan secara praktikal dalam proses membuat jambangan coklat. Peserta juga di ajar tentang teknik mengambil gambar produk dengan betul. Aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan kepada komuniti tentang peluang menjana pendapatan melalui gabungan kemahiran seni kreatif dan penggunaan ICT. Di samping itu, peserta juga mendapat penerangan tentang fungsi internet dalam bidang perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali