Advokasi Program Jom Sihat KOSPEN Kg Padang Besar (s)

30 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Julai 2018, telah berlangsung Program Advokasi KDB Program Jom Sihat KOSPEN bertempat di Dewan KOSPEN Kg Padang Besar Selatan, Kuala Perlis. Program ini merupakan anjuran KOSPEN Kg Padang Besar Selatan. Program ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Program "Komuniti Sihat Pembina Negara" (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini.

Inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar-umbi. Sepanjang program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Tuju-tuju tin, pemeriksaan kesihatan percuma, taklimat KDB, pertandingan Dam Aji, dan lain-lain. Aktiviti seperti ini dapat membantu untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pembelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali