Asas Komputer Dan Internet

05 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Ogos 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan telah mengadakan Kelas asas komputer bersama ahli pusat internet yang terdiri daripada Tahun 3 sehingga Tahun 6. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan tentang cara menghasilkan folder dan mengemas kini fail yang terdapat dalam folder itu. Selain itu, mereka juga diajar untuk menggunakan memindahkan fail dari satu folder kepada folder yang lain.

Dengan kelas seperti ini, ia dapat membantu pelajar sekolah mencari fail yang dimuat turun dari internet dengan mudah serta dapat mempercepatkan proses penghasilan kerja kursus. Di samping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim Pi1M dengan komuniti dan dapat memperkenalkan fungsi Pi1M dengan lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali