Kelas Microsoft Power Point (Peta Kad Kahwin)

22 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2018, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah mengadakan Kelas Microsoft Power Point (Peta Kad Kahwin). Aktiviti ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Padang Besar Selatan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan cara menggunakan perisian Microsoft Power Point, mengajar peserta membuat peta rumah sendiri menggunakan perisian Microsoft Power Point dan mempelbagaikan penggunaan perisian Microsoft Power Point.

Peserta dikehendaki melukis peta rumah sendiri menggunakan perisian Microsoft Power Point dan simbol yang digunakan di dalam peta di ambil dari Google. Dengan aktiviti seperti ini peserta dapat mempelajari cara membuat peta menggunakan perisian Microsoft Power Point dan menambah ilmu dan mempelbagaikan kegunaan perisian Microsoft Power Point yang tidak hanya tertumpu pada slide pembentangan sahaja. Disamping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim Pi1M dengan komuniti dan dapat memperkenalkan Pusat Internet dengan lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali