Kelas Microsoft Word

05 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Ogos 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan telah mengadakan Kelas Microsoft Word bersama ahli pusat internet yang terdiri daripada Tahun 6. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengajar mereka teknik membina jadual menggunakan perisian Microsoft Word. Mereka dikehendari membina jadual serta memasukkan perkataan ke dalam kotak-kotak tersebut.

Selain itu, mereka juga diajar untuk menghias jadual tersebut dengan menukar warna atau ketebalan garisan jadual menggunakan tab ‘format’. Dengan kelas seperti ini, ia dapat membantu pelajar sekolah menyiapkan kerja sekolah dengan pantas dan mudah. Di samping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim Pi1M dengan komuniti dan dapat memperkenalkan fungsi Pi1M dengan lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali