Video Editing Using Movie Maker

24 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan telah mengadakan aktiviti Video Editing Using Movie Maker. Ktiviti ini di jalankan selama 2 jam bermula dari pukul 3.00 petang sehingga pukul 5.00 petang dan diadakan di dalam Bilik Latihan Pi1M Padang Besar Selatan. Tujuan aktiviti ini adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenali perisian Movie Maker untuk video editing. Peserta juga di beri peluang untuk menggunakan sendiri peralatan ICT untuk menyunting video.

Peserta di ajar mengenai teknik – teknik editing video seperti “split”, “Transition”, “timeline video” serta cara memasukkan video dan audio ke dalam perisian Movie Maker. Teknik menggabungkan video,audio,dan imej untuk menghasilkan sebuah video dapat memberi pendedahan yang lebih baik kepada peserta dan menggalakan penjanaan idea baru dalam kalangan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali