Fiesta Sehati @ RTM Perlis (SK Tambun Tulang)

22 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2018, telah berlangsung Fiesta Sehati RTM Perlis. Program ini diadakan di SK Tambun Tulang Arau Perlis. Program ini merupakan anjuran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) Perlis. Program ini berlangsung bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program ini di jalankan adalah bertujuan bagi merapatkan RTM bersama komuniti. Program ini telah disertai oleh agensi-agensi kerajaan termasuklah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) yang diwakili Kluster PI Perlis.

Sepanjang program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan seperti E-waste, WordSearch, Crosword, Tuju-tuju KDB, Click Hunter, dan lain-lain. Aktiviti seperti ini dapat membantu untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pembelajaran. Menyediakan kepelbagaian aktiviti dan pertandingan menarik semasa program ini berlangsung dapat menarik minat komuniti dari pelbagai peringkat umur, dan sedikit sebanyak dapat memberi maklumat tentang etika dan langkah keselamatan ketika melayari laman sesawang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali