dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Seni Kreatif : Mobile Phone Stand

08 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Januari 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan telah mengadakan Kelas Seni Kreatif : Mobile Phone Stand. Aktiviti ini telah diadakan di dalam Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan cara menggunakan internet untuk mempelajari cara membuat mobile phone stand menggunakan batang ais krim, mencungkil bakat para peserta menghasilkan kraf tangan serta memberi peluang kepada mereka untuk menyerlahkan kreativiti masing-masing dalam seni kreatif.

Peserta dikehendaki menghasilkan mobile phone stand menggunakan batang ais krim berpandukan video dari YouTube. Dengan aktiviti seperti ini ia dapat memupuk minat para peserta dalam seni kreatif, mengasah kreativiti serta menggunakan platform media sosial “You Tube” untuk belajar membuat kraf tangan. Disamping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim PI dengan komuniti dan dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.