Kelas Asas Adobe Photoshop

23 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Julai 2018, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah mengadakan Kelas Asas Adobe Photoshop . Kelas selama 2 jam setengah ini disertai oleh 9 orang peserta. Tujuan aktiviti ini adalah peserta Kelas Asas Adobe Photoshop akan diajar dengan kemahiran asas untuk merekabentuk grafik digital bagi kegunaan web atau multimedia menggunakan perisian Adobe Photoshop.Ia diharap dapat mengembangkan kreativiti peserta dalam merekabentuk dan mengolah grafik digital bagi pelbagai kegunaan.

Melalui kelas ini peserta di beri taklimat tentang KDB dan pengenalan tentang peralatan yang terdapat dalam Adobe Photoshop serta fungsi-fungsinya.Selain itu, peserta juga di ajar cara menyunting gambar sedia ada serta menggabungkan gambar dalam satu grafik baru. Peserta juga dapat memahami integrasi penggunaan perisian Abode Photoshop untuk kerja rekabentuk kreatif dan juga dapat meningkatkan kemahiran di dalam menghasilkan material grafik yang lebih kemas dan berkesan. Di samping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim Pi1M dengan komuniti dan dapat memperkenalkan fungsi Pi1M dengan lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali