6 September 2018 | Aktiviti TerkinieKelas Maxis Google Training
Pada 4 dan 5 September 2018 Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Padang Besar Selatan telah menghadiri Kursus eKelas Maxis Google Training bertempat di Floor 25 @ Maxis Tower , Kuala Lumpur. Kursus ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari. Tujuan kursus ini adalah untuk memperkenalkan program daripada Google mengenai keselamatan di internet yang merangkumi beberapa modul iaitu kata laluan, maklumat palsu dan buli siber.
Peserta terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus yang terlibat dengan program eKelas Maxis iaitu seramai 110 orang. Bermula dengan sesi perkenalan penceramah dari Google seterusnya perbincangan dalam kumpulan serta pembentangan idea Pengurus dan penolong pengurus dapat menambah info tentang aspek keselamatan dalam penggunaan media masa terutamanya google search engine .
Pengurus dan penolong pengurus dapat mempelajari teknik penyampaian info tentang google safety secara lebih menarik kepada pengguna di pusat internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: