24 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniSeni Kolaj Bersama Tabika KEMAS
Pada 23 Januari 2019, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah mengadakan aktiviti yang berbentuk seni kreatif bagi menarik minat pelajar untuk mengenali warna asas. Melalui aktiviti ini, peserta dapat mempelajari dan mengenal warna asas dengan gabungan video dan kaedah seni kolaj.
Aktiviti dimulakan dengan tayangan video mari mengenal warna. Kemudian peserta diberi bimbingan untuk mengenal pasti warna-warna dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Kuiz diberikan pada akhir sesi pemberlajaran bagi menguji daya ingatan peserta sebelum peserta diberi pendedahan membuat seni kolaj warna buah- buahan bagi memastikan kanak-kanak mengenal warna dan dapat membezakan warna tersebut dengan objek sekeliling.
Selain itu, dapat mempromosikan Pusat Internet Padang Besar Selatan kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan juga dapat membantu memeriahkan program-program yang dianjurkan komuniti serta dapat mempromosikan kempen-kempen yang diperkenalkan seperti kempen “Klik Dengan Bijak“ dan “ Check Your Label “.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: