4 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Mempromosi Dibawah Team Mdps (Pesta Angin Timur 2019)
Pada 3 Mac 2019 , Team Menarik Di Perlis Selatan telah mengadakan lawatan ke Pesta Angin Timur 2019. Pesta Angin Timur (PAT) merupakan antara produk pelancongan di negeri ini dan ia juga telah dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Malaysia. Pesta Angin Timur (PAT) Perlis yang diadakan bersempena peredaran musim sejuk kepada musim panas dengan berlatarbelakangkan suasana kampung, memaparkan keunikan cara hidup masyarakat petani di utara Semenanjung.Pesta Angin Timur Perlis adalah satu acara tahunan wajib diadakan di negeri Perlis di bawah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ( JKKN) Perlis.Pesta Angin Timur kebiasaannya diadakan pada awal tahun iaitu dari bulan Februari - Mac bergantung kepada musim angin timur yang hanya berlaku setahun sekali di Perlis.
Acara Tahunan ini telah menjadi tarikan utama pelancong ke negeri Perlis bagi melihat keunikan pesta ini berlangsung dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Pertandingan Wau, Pertandingan menangkap itik, Pertandingan Sukan Tradisional seperti pertandingan Dam Aji dan Congkak, Pertandingan Ayam Serama, Pertandingan Ikan Laga dan pelbagai pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Selain itu, terdapat juga pelbagai program hiburan yang bermanfaat telah disusun untuk para pengunjung Pesta Angin Timur Perlis 2019. Antara persembahan tersebut adalah Malam Nostalgia P.Ramlee & Saloma, Malam Pop Yeh yeh ,Persembahan Ghazal Party dan Malam Citra Budaya. Pesta Angin Timur 2019 diadakan pada 1 hingga 3 Mac 2019 bermula jam 10.30 pagi hingga 12.00 malam, Bersebelahan Kompleks DUN, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: